HSBC Amanah Takaful Malaysia
You are here:

Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan

Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan

 

Kami di HSBC Amanah Takaful, memahami keperluan dan amalan budaya masyarakat tempatan dan pada masa yang sama kami menggunakan pengalaman dan kepakaran penyelesaian kewangan Islam peringkat antarabangsa Kumpulan HSBC. Pengalaman ini menawarkan kelebihan yang nyata dalam menjadikan Takaful begitu bernilai bagi pelanggan-pelanggan kami di Malaysia.


Setiap hari anda bekerja keras untuk menyara keluarga tercinta supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang baik. Anda berasa cukup bangga dan bahagia melihat mereka gembira ketika anda membeli rumah baru. Bagaimanapun membeli rumah merupakan satu pelaburan besar yang memerlukan anda memikul lebih tanggungjawab dan komitmen kewangan yang tinggi.


Hidup ini penuh ketidaktentuan. Perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. Namun anda boleh berasa tenang kerana keluarga anda masih mempunyai tempat berteduh dengan adanya Perlindungan Takaful Gadaijanji / Takaful Mortgage Protector (TMP-FT) dan Perlindungan Takaful Empunya Rumah/Homeowner Takaful Scheme (HTS-FT) dari HSBC Amanah Takaful.